
Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri amat serius dalam membantu rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan agama.
Beliau berkata sebagai sebuah Negeri dan negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama, adalah amat penting bagi rakyat untuk terus meningkatkan perpaduan dan keharmonian.
“Jangan biarkan anasir negatif mengganggu perpaduan dan keamanan yang kita warisi daripada nenek moyang kita. Gunakan kepelbagaian ini untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim,” katanya pada Program Perkhemahan Pathfinder Malaysia Union Mission (MAUM) di Kem Istirehat Advent Dantai (KIAD) di Lok Nunuk, di sini, Selasa.
Ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Perkhemahan Pathfinder selama lima hari buat julung kali itu turut disertai 2,300 peserta dari Filipina, Thailand, Bangladesh, Singapura, India, Semenanjung Malaysia dan Sarawak bagi memupuk pertumbuhan rohani, intelek dan sosial dalam kalangan anak muda.
Kelab Pathfinder ialah program rekreasi rohani yang direka khas untuk remaja berumur 10 hingga 15 tahun dalam kalangan penganut Gereja Advent Hari Ketujuh, untuk memperkasakan golongan muda, melatih mereka untuk kepimpinan dan perkhidmatan kepada masyarakat serta pembangunan holistik minda dan rohaniah mereka.
Hajiji berkata kepimpinan berkesan adalah asas kejayaan dalam menghadapi cabaran kompleks dalam dunia yang semakin mencabar ini.
Menurutnya, kepimpinan bukan sekadar gelaran atau kuasa, tetapi lebih kepada tanggungjawab berkhidmat dengan teladan yang membawa inspirasi kepada orang lain.
“Melalui latihan dan pengalaman dalam aktiviti Pathfinder, anak muda kita dibentuk untuk menjadi pemimpin yang boleh mengemudi perubahan, menyelesaikan masalah dengan kreativiti dan menyumbang ke arah masyarakat yang lebih baik,” katanya.
Beliau berharap golongan muda sentiasa bersemangat untuk mencapai potensi sebenar, berusaha menjadi individu yang gigih, positif dan proaktif dalam mencapai impian mereka.
Hajiji percaya komitmen dan semangat anak muda yang menyertai kem Pathfinder itu dapat mengeratkan persaudaraan, memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan gejala negatif, sekali gus menjadikan mereka aset berharga kepada negara.
“Mari kita terus memperkasakan semangat kepimpinan, memperkukuh keupayaan diri dan bekerjasama sebagai komuniti yang kuat dan berdaya saing,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


