Ketua Pasukan Siri Ditukar Selepas Kelewatan Integrasi Apple Intelligence

TechnologyDigital
21 Mar 2025 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dilaporkan telah menukar ketua pasukan pembangunan Siri selepas integrasi ciri Apple Intelligence yang diuar-uarkan sejak WWDC tahun lalu gagal dilancarkan mengikut jadual. Menurut Bloomberg, John Giannandrea telah digantikan oleh Mike Rockwell selepas Tim Cook dilaporkan hilang kepercayaan untuk Giannandrea untuk mengetuai pembangunan produk seperti dijanjikan.

image is not available

Giannandrea walau bagaimanapun masih akan kekal mengetahui pasukan pembangunan Apple Intelligence. Pemilihan Mike Rockwell adalah agak menarik kerana beliau ialah ketua pembangunan Vision Pro sebelum ini yang juga berhadapan dengan pelbagai isu pasca pelancaran.

Siri yang dikuasakan kecerdasan buatan sudah ditangguh daripada jadual asal dan pada waktu ini terdapat ura-ura ia hanya akan diberikan menerusi iOS 19. Menerusi iklan yang diterbitkan oleh Apple sebelum ini, Siri akan mempunyai ciri diperibadikan mengikut tabiat dan keperluan pengguna. Selepas pelancarannya ditangguhkan, iklan yang diterbitkan Apple telah dipadam daripada YouTube.