Lelaki alami masalah mental hilang dari rumah orang tua

17 Mar 2025 • 12:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KHAIRUL ANUAR

MUAR – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menghidap masalah mental selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah orang tua di sini sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan kehilangan lelaki itu daripada penjaga rumah kebajikan berkenaan.

“Orang hilang dikenali sebagai Khairul Anuar Karim, lelaki Melayu berusia 55 tahun yang berlamat di Jalan Batang Melaka Jaya 3, Taman Batang Melaka Jaya, Batang Melaka, Melaka.

“Dia mempunyai kulit sawo matang, berambut pendek putih beruban, berwajah bujur, berketinggian 170 sentimeter dan berat kira-kira 80 kilogram.

“Kali terakhir dilihat, dia memakai baju-T berkolar berwarna biru dan seluar tracksuit panjang hitam,” katanya dalam satu kenyataan pasa Isnin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau penyiasat kes, ASP Suhaimi di talian 06-9564800 atau Hotline 06-9526001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved