Ketua Pegawai Eksekutif MDEC letak jawatan selepas tiga tahun

LocalTechnology
29 Aug 2024 • 12:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC letak jawatan selepas tiga tahun

syaza

29/08/2024 - 12:15

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Ts. Mahadhir Aziz letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkuat kuasa 31 Ogos 2024 untuk menerusi cabaran baharu setelah memegang jawatan itu selama tiga tahun.

MDEC berkata, peletakan jawatan beliau menandakan detik penting bagi syarikat itu bagi mengubahkan masa depannya yang dibina di atas asas kukuh ditubuhkan oleh beliau.

"Sejak memegang jawatan itu pada September 2021, Mahadhir telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan MDEC sebagai peneraju dalam landskap digital Malaysia.

"Kepimpinan beliau telah ditandai dengan pencapaian ketara, termasuk memperoleh lebih RM170 bilion dalam pelaburan digital dan menjanakan lebih daripada 85,000 pekerjaan teknologi.

"Di bawah bimbingannya, MDEC mengubahkan inisiatif MSC menjadi Malaysia Digital (MD), menerajui pelaburan digital strategik dan melancarkan program nasional yang penting seperti visa nomad digital," ujar MDEC.

MDEC turut berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, syarikat itu telah mencapai beberapa sasaran utama, termasuk penggunaan e-dagang oleh lebih 1.5 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan memperoleh RM144 bilion dalam pelaburan pendigitalan.

"Sumbangan Datuk Mahadhir adalah penting dalam memajukan ekosistem digital Malaysia dan meluaskan jangkauannya ke pasaran baharu dan sedang pesat membangun.

"Kami akan kekal komited terhadap objektif strategik beliau selepas peletakan jawatannya," ulasnya.

Dalam pada itu, majlis pengurusan sementara telah ditubuhkan bagi mengawasi tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif sehingga pemimpin baharu dilantik.- DagangNews.com