Ketua Pembangkang Korea Selatan Ditikam Di Leher Selepas Individu Acah Minta Tandatangan

2 Jan 2024 • 1:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pembangkang Parti Demokratik Korea Selatan, Lee Jae-myung ditikam ketika bercakap dengan pemberita di pelabuhan Busan kira-kira jam 10.27 pagi Selasa, lapor agensi berita tempatan Yonhap.

Difahamkan, Lee sedang berjalan menuju ke sekumpulan wartawan selepas melawat tapak lapangan terbang baru di bandar itu.

Tidak semena-mena, seorang individu tidak dikenali datang mendekatinya dengan menyamar mahu meminta tandatangan Ketua Pembangkang Korea Selatan berkenaan sebelum menolak lalu menikam leher beliau dengan pisau.

Insiden berkenaan sempat dirakam secara langsung di saluran televisyen Korea Selatan dan video tersebut telah tular di media sosial.

Orang ramai dilihat bergegas membantunya dengan menekan leher Lee dengan menggunakan sapu tangan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Pusan selepas 20 minit diserang individu berkenaan.

image is not available

Lee adalah pencabar utama Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dalam pilihan raya presiden 2022, yang mana beliau kalah kurang daripada 1 peratus.

Seragan itu telah menyebabkan Lee mengalami kecederaan sedalam kira-kira 1 sentimer di bahagian lehernya.