Tsunami kecil di Korea Selatan selepas gempa di Jepun

2 Jan 2024 • 11:51 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEOUL: Korea Selatan melaporkan tsunami kecil di bahagian Laut Timur pada Isnin susulan gempa kuat di luar pantai barat Jepun.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) berkata, gempa berukuran 7.6 magnitud yang menggegarkan Ishikawa dan wilayah berdekatan kira-kira 4 petang itu menyebabkan tsunami kecil di perairan luar pantai timur Korea Selatan di wilayah Gangwon pada petang tadi, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut KMA, ombak di luar pantai bandar Gangneung setinggi 20cm pada 6.01 petang, manakala gelombang yang dilihat dari sebuah lagi pantai di bandar Donghae mencecah 45cm pada 6.05 petang.

KMA mengeluarkan amaran tsunami apabila ketinggian maksimum gelombang mencapai 50cm, walaupun ombak setinggi 20cm hingga 30cm masih boleh menyebabkan kerosakan.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Katanya, ketinggian tsunami boleh meningkat ke tahap lebih berbahaya bergantung kepada air pasang surut dan memberi amaran tsunami mungkin berterusan di Gangwon lebih 24 jam.

Terdahulu, Gangwon menghantar amaran tsunami melalui mesej teks kepada penduduk di enam bandar dan daerah berhampiran laut bagi menggesa mereka berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Sebelum ini, Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami besar untuk Ishikawa dan amaran tsunami peringkat rendah atau nasihat ke seluruh pantai barat laut pulau Honshu.

Media Jepun berkata, gelombang boleh mencapai ketinggian 5m, walaupun tiada laporan segera berhubung kerosakan.

Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan belum menerima sebarang laporan kecederaan atau kerosakan melibatkan rakyatnya di Jepun setakat petang tadi.

Katanya, dianggarkan 1,200 warga Korea Selatan menetap di wilayah Ishikawa dan 800 lagi di wilayah bersebelahan Toyama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.