Ketua Pemuda PAS Marang Perjelas Tujuan Sebenar Berarak Bawa Alat Senjata Tajam

21 Feb 2023 • 2:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berhubung dengan tular video sekumpulan pemuda berpakaian seragam ala tentera di Terengganu baru-baru ini, Kontinjen Pemuda Pas kawasan Marang, Yusuf Abdul Hadi tampil memberikan keterangan mengenai tujuan dan maksud sebenar menggunakan pakaian tersebut dalam satu perarakan.

Katanya ia sempena hari Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 yang dijalankan pada Jumaat lalu dan replika itu adalah simbolik dalam mempamerkan kehebatan syiar Islam.

 

“Kami tiada niat untuk menimbulkan kegusaran mahupun provokasi, tujuan kami hanya mahu mempamerkan kepada generasi baharu tentang kehebatan Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah membawa obor Islam sehingga sampai kepada kita hari ini.”

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, menerusi Facebook miliknya, Yusuf memberitahu, beberapa peserta pertandingan perarakan itu juga telah selesai memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu tersebut serta telah menyerahkan alatan yang digunakan ketika persembahan.

“Malam ini beberapa orang peserta perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 selesai memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu replika pedang dan pakaian perang zaman Rasulullah S.AW di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.”

image is not available

image is not available

“Dalam siasatan hari ini juga, kami dimaklumkan bahawa segala peralatan, kostum dan replika perlu diserahkan kepada pihak polis pada malam ini.”

Malah, beliau juga menzahirkan rasa kesal kepada sesetengah umat Islam yang cuba memperbesarkan isu ini dengan menjadikan ia sebagai satu perkara yang menjadi ancaman.

“Kami merasa sedih, replika dan kostum yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan kemegahan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang cintakan Islam, dipolemikkan menjadi satu ketakutan dan kegusaran, dan lebih sedih, ia dipolemikkan oleh umat Islam sendiri.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.