Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahim merupakan antara 4 sekeluarga yang disahkan maut dalam satu kejadian kenderaan pikap dihempap pokok tumbang di Jalan Janda Baik-Bentong, hari ini.
Selain Mohd Radzi, 40, isterinya Nuriani Mohammad Jafri. 36, salah seorang anak kembar usia 5 tahun iaitu Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar, Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35 turut maut dalam kejadian tersebut.
Artikel berkaitan : Kereta 4WD Dihempap Pokok Tumbang, 4 Ma*t Di Jalan Kuala Lumpur – Karak
Artikel berkaitan : “Isteri saya hamil 7 bulan” – Suami Tak Sanggup Tengok Video Tular Kemalangan Melibatkan Ahli RXZ Members 8.0
Dalam pada itu, seorang lagi anak kembarnya dilaporkan dalam keadaan parah dan kini sedang dirawat di Hospital Bentong.
Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan berita nahas membabitkan keluarga Ketua Pemuda Bahagian Maran dan keluarga itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, berlaku satu kejadian kenderaan jenis Ford Raptor yang dinaiki oleh 5 ekeluarga dipercayai dalam perjalanan dari arah Bentong menuju Janda Baik, sebelum dihempap sebatang pokok yang tiba-tiba tumbang.
Kesemua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat.
Sumber : Berita Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






