Ketua Penerangan UMNO Letak Jawatan, Desak Presiden Berundur

Politics
20 Nov 2022 • 1:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Calon Barisan Nasional (BN) Shahril Sufian Hamdan hari ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO serta mendesak Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk turut melakukan perkara yang sama.

Beliau membuat keputusan demikian selepas menyaksikan kekalahan yang dialami oleh partinya di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam dan berpandangan pemimpin UMNO dan BN perlu bertanggungjawab.

Atas semangat “collective responsibility” itu, saya juga meletakkan jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

“Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya. Cuma, ini soal maslahat yang jauh lebih besar,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau dalam kenyataan sebelum itu berkata, konsep “collective responsibility” dalam sesuatu kegagalan ternyata wujud dan UMNO perlu mempertimbang langkah seterusnya dalam situasi Parlimen tergantung buat masa ini.

“Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi, bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja.

“Tetapi, sebelum parti hendak bincang atau buat apa-apa keputusan, ada satu perkara yang perlu dilaksanakan dahulu,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut bersependapat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengenai Ahmad Zahid Hamidi yang perlu meletakkan jawatan dan berundur dengan cara baik.

“Saya sependapat dengan YAB Menteri Besar Johor. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO.

“Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini, iaitu berundur secara terhormat,” tambahnya.

Katanya, UMNO perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka 112 di PRU15 dan turut menjelaskan beliau akan kekal setia bersama UMNO.

“Perjuangan parti belum selesai. This is not the end,” ujar Shahril.

Sumber: Shahril Hamdan via Facebook