Ketua Polis Dang Wangi Cedera, Operasi Pengosongan Bangunan Di Kg Sungai Baru Tegang [Video]

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 1:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini, media melaporkan 15 baki penduduk di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur berdepan tindakan pengusiran ekoran enggan berpindah dari kediaman mereka.

Oleh itu, sejak awal pagi tadi (11 September) pihak polis sudah mula memasang khemah kawalan serta mengetatkan sekatan di laluan masuk namun beberapa penduduk enggan berganjak dan ada yang cuba melakukan provokasi. Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal.

Memetik laporan Malaysia Gazette, difahamkan pengusiran itu dilakukan berlandaskan keputusan mahkamah dan proses dibuat sepenuhnya oleh bailif dengan kehadiran wakil undang-undang dan Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi alami kecederaan ketika kawal keadaan operasi

Terbaharu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan mengalami kecederan di bahagian kepala sehingga berdarah sewaktu mengawal keadaan operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru itu.

Sulizme difahamkan mengalami kecederaan tersebut disebabkan rempuhan penduduk yang mendesak untuk memasuki ke kawasan operasi berkenaan, lapor Berita Harian.

Kosmo pula melaporkan, beliau cedera akibat dibaling batu.

Situasi kecoh, penduduk desak pihak berkuasa benarkan masuk ke kawasan perumahan

Sebelum ini, operasi pengosongan bangunan berkenaan menjadi kecoh memaparkan penduduk mula mendesak pihak berkuasa untuk membenarkan mereka memasuki kawasan perumahan terbabit.

Operasi itu dilaporkan diketuai oleh bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi yang berkaitan. Tindakan berkenaan dilakukan ekoran arahan mahkamah untuk melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan tersebut.

Alami luka berdarah di bahagian muka

Memetik Astro Awani, Suzilme dipercayai mengalami luka berdarah di bahagian muka sebelum pasukan paramedik tampil memberikan rawatan.

Keadaan di lokasi juga difahamkan semakin tegang apabila pihak polis turut dibantu Pasukan Simpanan Pusat (FRU) yang mengarahkan penduduk untuk bersurai.

Selain itu para media juga tidak dibenarkan untuk mendekati kawasan operasi disebabkan faktor keselamatan.

Kelihatan orang ramai termasuklah aktivits, Rafidah Ibrahim turut membuat siaran langsung di media sosial dari lokasi tersebut.

Menerusi tinjauan kami, beberapa video memaparkan kekecohan di kawasan operasi turut dikongsikan di media sosial.

@rafidahibrahim3rd

Dasyat pemaju cina dari singapore ni… kami mungkin gagal pertahankan tanah kami… saksikanlah rakyat Malaysia, kita belum merdeka! #rafidahibrahim #isukampungbaru

♬ emotional sad background(1383128) – MaxRecStudio

Source: