Ketua Polis KL Bagi Amaran Agar TikTokers Tak ‘Menyibuk’ Di Kawasan Tanah Jerlus Untuk ‘Content’

Entertainment
6 Sep 2024 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam sidang media semalam memberi amaran keras kepada orang ramai khususnya pencipta kandungan supaya menjauhi kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Katanya, tempat tanah jerlus itu masih ditutup kepada orang ramai berikutan beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) sedang menjalankan kerja di situ.

Justeru pihak berkuasa tidak mahu kerja mereka terganggu oleh pelawat yang membuat kandungan di tempat tersebut. Beliau turut menambah bahawa lubang benam itu bukan satu-satunya lubang besar di kawasan itu kerana terdapat juga lubang kedua dan saluran panjang sedang diperiksa oleh agensi.

image is not available

“Semasa kerja sedang dilakukan, kami tidak mahu orang ramai berkumpul di sana, melihat sekeliling, membuat video TikTok. Oleh itu, saya mengarahkan Balai Polis Dang Wangi untuk menempatkan beberapa anggota di sana.”

image is not available

Tambah beliau lagi, Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, langkah ini adalah untuk keselamatan orang ramai sendiri kerana lubang benam itu sedalam sehingga 10 meter dan berbahaya.

Sumber : Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.