Ketua Polis KL Berhenti Untuk Bantu Mangsa, Kawal Aliran Trafik Masa Berlaku Kemalangan

Entertainment
31 May 2023 • 4:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Sultan Abdul Halim semalam.

Ketika kemalangan itu berlaku, kebetulan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Shuhaily Mohd Zain melalui kawasan tersebut dengan menunggang motosikal, beliau berhenti di bahu jalan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa selain membantu mengawal lalu lintas untuk mengurangkan kesesakan.

image is not available

Menerusi Facebook Polis Kuala Lumpur, ketika kemalangan itu berlaku, Shuhaily sebenarnya dalam perjalanan dari pusat bandar ke Putrajaya atas urusan berkaitan kerja.

Shuhaily yang kerap menunggang motosikal polis trafik berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan berhampiran susur keluar Istana Negara dari Jalan Duta menghala ke Parlimen.

image is not available

Dalam pada itu, Shuhaily turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan juga merakamkan penghargaan kepada anggota polis dan anggota kecemasan yang berada di tempat kejadian yang sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa dengan memberikan pertolongan cemas dan rawatan perubatan lain yang diperlukan.

image is not available

Mangsa berusia 46 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa merempuh bahagian belakang sebuah kereta yang mengakibatkan dia tercampak dari motosikalnya.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.