Ketua Setiausaha KSM Baharu Laksana ‘Pembersihan Dalaman’

5 May 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Zaini Ujang - Gambar Facebook

JOHOR BAHRU – Pemecatan lima pegawai yang dikaitkan dengan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dibuat atas arahan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Zaini Ujang yang baharu dilantik, dedah sumber yang mengetahui perkara terbabit.

Difahamkan, langkah itu dibuat selepas Zaini diberi mandat untuk membersihkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan agensi berkaitan.

Tindakan itu turut dibuat susulan penahanan seorang pembantu kepada Sivakumar berhubung dakwaan isu pengambilan pekerja asing.

Menerusi pendedahan sumber itu, Zaini juga sedang menyemak kontrak beberapa pegawai kanan kementerian dan agensinya, dengan mungkin mempertimbangkan tindakan untuk memberhentikan mereka.

Semalam, dilaporkan lima pegawai kepada Sivakumar ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta.

Manakala, seorang lagi pegawai kementerian itu dilapor dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Memetik sumber, MalaysiaKini melaporkan dua daripada pegawai itu adalah individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dan keenam-enam mereka dilantik Sivakumar.

Bulan lalu, pegawai kanan Sivakumar ditahan SPRM atas dakwaan rasuah berkaitan pengambilan pekerja asing.

Kemudian, SPRM terus menahan setiausaha sulit menteri itu, malah Sivakumar turut dipanggil untuk diambil keterangan. – The Vibes, 5 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved