Mohamad Fauzi Mula Tugas Ketua Setiausaha KKD

3 May 2023 • 11:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamad Fauzi Md Isa - Gambar Bernama

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang baharu Datuk Mohamad Fauzi Md Isa memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu hari ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, tiba di KKD di sini pada kira-kira 8.53 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian.

Mohamad Fauzi, yang menggantikan Datuk Seri Mohammad Mentek yang memegang jawatan itu sejak 4 Nov 2020, mengimbas wajah di mesin kedatangan sebelum memasuki pejabatnya.

Antara jawatan yang pernah disandang Mohamad Fauzi ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) Jabatan Imigresen. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved