Ketua WHO tiba di Syria, ikrar bantuan perubatan untuk mangsa

12 Feb 2023 • 2:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

AMMAN: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus (gambar) pada Sabtu berkata organisasi itu akan menyediakan bekalan perubatan dan peralatan yang diperlukan kepada mangsa cedera dalam gempa bumi di utara Syria, lapor Petra.

“Kami membawa sekitar 35-37 tan bekalan perubatan dan kesihatan yang akan membolehkan pekerja kesihatan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada mangsa,” kata Ghebreyesus dipetik Agensi Berita Syria (SANA) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo.

Pesawat kedua membawa kira-kira 30 tan bekalan perubatan untuk pembedahan kecil akan tiba di Syria dalam tempoh dua hari.

Ghebreyesus berkata beliau sedang berusaha mendapatkan sokongan yang lebih besar kepada sistem kesihatan di Syria melalui pelbagai platform untuk menangani kesan bencana itu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved