Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

21 Dec 2025 • 11:42 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

BERTAM – Penduduk di Bertam, Pulau Pinang, dilaporkan diganggu dengan kejadian ketukan misteri yang berlaku ketika orang ramai sedang nyenyak tidur, baru-baru ini.

Menerusi beberapa perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketukan berkenaan didakwa berlaku antara pukul 4 pagi hingga 5 pagi.

Ketukan Berlaku Serentak, Cetus Kebimbangan

Apa yang lebih mencemaskan, rakaman menunjukkan kejadian itu berlaku hampir serentak di beberapa buah rumah, sekitar pukul 4.57 pagi, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk selepas ia tular di media sosial.

Penduduk Kongsi Pengalaman Seram

Seorang pengguna Threads, @azmeerzabidee, mendakwa rumahnya turut menjadi sasaran gangguan tersebut.

“Siapa warga Bertam, Penang kat sini? Semalam ada kena gangguan ketuk pintu tak? Rumah aku kena pukul 4 pagi. Dia ketuk dua kali, berhenti, lepas tu ketuk dua kali lagi. Bila selak langsir, tak ada siapa pun, lepas tu terus senyap,” kongsinya.

Rakaman CCTV Sahkan Bunyi Ketukan

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk turut mengesahkan kejadian sama selepas menyemak rakaman CCTV di rumahnya.

“Saja periksa semula CCTV pukul 4.57 pagi tadi. Rupanya memang ada dengar bunyi ketuk-ketuk pintu,” katanya.

Setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa. Namun, insiden berkenaan nyata menimbulkan rasa resah dalam kalangan penduduk setempat. – The Malaysian Update

The post Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam appeared first on The Malaysian Update.