Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu

Local
21 Dec 2025 • 12:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu

Ketika orang ramai masih nyenyak tidur dibuai mimpi lena, muncul misteri ketukan yang didakwa mengganggu penduduk di Bertam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menerusi beberapa perkongsian kamera litar tertutup (CCTV) daripada penduduk mendapati ketukan misteri tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi hingga 5 pagi.

Lebih mencemaskan, ketukan tersebut berlaku kira-kira pukul 4.57 pagi dan serentak dengan penduduk lain berdasarkan rakaman yang tular di media sosial.

@afzaiapai

Riuh disekitar Bertam Perdana,Bertam awal pagi tadi bunyi ketukan misteri spt org ketuk pintu. Merata2 rumah sekitar dgr.Ada yg siap buka pintu.Ni rakaman dr cctv rumah pokcik. Sekarang tengah riuh “Misteri bunyi apakah ini” image is not availableimage is not available. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #misteriketukpintu #ketukpintu #seram

♬ original sound – Afzai Apai – Afzai Apai

@cahayaeza

Footage CCTV 4:58AM 19/12/2025 Ya Allah, kecoh area Bertam bunyi ketuk ni, husband saja check cctv rumah sendiri. Nahhhhh hampa dengaq la sendiri sampai habis. CLEAR sangat image is not availableimage is not available Sesungguhnya kami berlindung hanya padaMu Ya ALLAH yang Maha Berkuasa. Amin yra #bertam #bertamperdana #bunyiketuk

♬ original sound – Ezaッ – Ezaッ

Sementara itu, pengguna Threads @azmeerzabidee turut mendakwa rumahnya antara yang diganggu ketukan misteri itu.

“Siapa warga Bertam, Penang kat sini? Semalam ada kena gangguan ketuk pintu tak?

“Rumah aku kena. Pukul 4 pagi. Dia ketuk dua kali, dia berhenti, dua kali ketuk lepastu berhenti. Bila selak langsir tengok tak ada siapa pun, lepastu terus senyap,”kongsinya.

Dalam pada itu, seorang lagi individu mendakwa rumahnya juga diganggu misteri itu berdasarkan pemeriksaan di CCTV.

“Sajalah periksa semula CCTV di rumah pukul 4.57 pagi tadi (semalam). Rupanya memang ada dengar ketuk-ketuk pintu ini,” katanya.

View Original Article