Keunikan Ikan Kelah: Sajian Pekasam Pembuka Selera

Food
8 Dec 2023 • 1:00 PM MYT
Nas
Nas

An engineer who loves to cook

image is not available
Ikan Kelah [Source: Kundangcrew]

Ikan Kelah merupakan salah satu jenis ikan air tawar yang popular di kalangan pencinta memancing dan juga merupakan hidangan lazat di beberapa tempat. Ikan ini sering dijumpai di sungai-sungai dan tasik-tasik di rantau Asia Tenggara.

Ikan Kelah terkenal dengan gelaran “Raja Ikan Sungai” kerana ikan yang suka hidup di air jernih dan bersih seperti di jeram, sungai berdekatan gunung-gunung sahaja. Spesis Kelah sukar didapati dan harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Di Malaysia, Ikan Kelah terkenal terdapat beberapa spesis antaranya: "Tor Tambroides" dan “Tor Duoronensis”. Manakala di Thailand dan India, Ikan Kelah dipanggil “Golden Masheer”.

Ikan Kelah mempunyai tubuh yang ramping dengan sisik-sisik yang bersinar. Warna badan ikan ini boleh berkisar dari perak hingga kuning keemasan. Ia juga dikenali dengan sirip punggung yang terdapat di tengah-tengah badan.

Salah satu ciri utama Ikan Kelah pekasam adalah proses pemeraman yang dilakukan untuk meningkatkan rasa dan keawetan ikan. Proses ini melibatkan perendaman ikan dalam campuran air, garam, dan asam untuk mencipta rasa unik yang menjadi kegemaran ramai.

Proses pemeraman Kelah biasanya melibatkan penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti buah asam, garam dan juga beras yang sudah disangai. Ikan Kelah kemudian direndam dalam campuran ini selama beberapa hari sehingga mencapai kepekatan dan keasaman yang diinginkan.

Ikan Kelah pekasam sering disajikan dengan pelbagai cara, antaranya adalah digulai, dipanggang, atau digoreng. Sajian Kelah pekasam goreng ini sering disertakan dengan hirisan bawang yang digoreng bersama cili padi garing serta hirisan limau nipis dan sangat menyelerakan.

Image from: Keunikan Ikan Kelah: Sajian Pekasam Pembuka Selera
Ikan Kelah Pekasam. [Source: Nasstore]

Kerana populariti Ikan Kelah, pemeliharaan sumber semulajadi seperti sungai dan tasik menjadi penting. Memastikan amalan memancing yang mampan dan tidak merosakkan habitat ikan kelah adalah penting untuk mengekalkan populasi yang sihat.

Pengalaman saya sendiri, pakcik pernah membawa Ikan Kelah ini ke rumah kami untuk berkongsi rezeki pancingnya. Ikan Kelah hampir 1m panjangnya. Memang sangat teruja bila melihat Ikan ini depan mata. Sisiknya biasa tidak dibuang jika ingin digoreng biasa. Namun, jika dibuat pekasam pastikan dibuang sisiknya untuk menjadikan ikan lebih tahan lama dan tidak berbau hanyir.

Jika anda ada pengalaman yang menarik berkenaan Ikan Kelah atau hidangan ikan pekasam, jom kongsikan bersama saya di ruangan komen.

Ikan Kelah pekasam bukan hanya menjadi santapan yang lazat tetapi juga mencerminkan warisan kulinari dan kekayaan alam tempatan. Bagi memastikan kelangsungan hidup ikan ini, perlu dilakukan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang berterusan.

Jika anda ingin mencuba Ikan Kelah pekasam, sila klik shopee ini dan follow nascook channel untuk mencuba pelbagai resepi baru!

Jumpa anda disana!


Nas adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.