Keuntungan Konsert Jelajah BLACKPINK Cecah RM1.2 Bilion

Music
2 Sep 2023 • 3:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa sangka konsert jelajah dunia BLACKPINK bakal sampai ke penamat tak lama lagi.

Khabarnya, ‘BORN PINK WORLD TOUR’ mencatatkan pendapatan 350 bilion won Korea (RM1.2 bilion) sejak ianya bermula pada Oktober tahun lalu. Bukan itu sahaja, ia mencipta rekod sebagai konsert kumpulan wanita dengan pengunjung paling tinggi dalam sejarah dengan 1.75 juta penonton.

Turut membuat persembahan di pentas gah seperti Allianz Parque, Oracle Park dan Dignity Health Sports Park, mereka bakal mengakhiri konsert berkenaan di Gocheok Sky Dome, Seoul pada 16 dan 17 September ini.

image is not available

Dalam pada itu, BLACKPINK masih lagi sedang dalam perbincangan untuk memperbaharui kontrak mereka bersama YG Entertainment. Terdapat perhatian yang tinggi sama ada kesemua ahli akan menyambung hubungan mereka bersama agensi itu atau pun tidak.

Cayalah BLACKPINK~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.