
Samsung Galaxy A27 5G dilancarkan secara rasmi semalam dengan Ia hadir dengan skrin 6.7” Super AMOLED, FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen 3, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama pula dilengkapi lensa sudut lebar 50MP (OIS), sudut lebar 5MP dan makro 2MP. Di hadapan kamera 12MP digunakan untuk swafoto. Berbeza dengan A26, kamera swafoto kini dalam lubang kamera dan bukan lagi dalam takuk skrin.
Pengimbas cap jari diletakkan di bahagian seisi sementara ketahanan kalis air serta debu pula ialah IP64. Sistem operasi pula adalah One UI 8.5 berasaskan Android 16 dengan sokongan 6+6 tahun.

Samsung Galaxy A27 5G ditawarkan dalam warna Black, Blue, Light Green, dan Light Pink pada harga bermula RM1299 selepas menerima rebat seperti di bawah.
| Model | RAM + Storan | Wafrna | Harga Asal | Harga Selepas Reant |
| Galaxy A27 5G | 8+256GB | Black | RM 1,499 | RM 1,399 |
| Dark Blue | ||||
| Light Pink | ||||
| 8+128GB | Black | RM 1,399 | RM 1,299 | |
| Dark Blue | ||||
| Light Pink |




