Kevin Jonas Hidap Barah Kulit, Selamat Menjalani Pembedahan Buang Sel Di Dahi

13 Jun 2024 • 9:26 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ahli kumpulan Jonas Brothers, Kevin Jonas telah menjalani pembedahan membuang bintik seakan-akan tahi lalat yang merupakan sel kanser pada wajahnya.

Berkongsi perkara terbabit menerusi hantaran di Instagram, kata Kevin, pihak perubatan telah menemui sel basal karsinoma iaitu sejenis kanser kulit yang tumbuh pada sebelah sisi kanan dahinya.

"Jadi saya telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sel basal karsinoma dari kulit di bahagian dahi saya.

"Ya itu adalah kanser kulit kecil yang sebenarnya sudah mulai tumbuh, jadi saya perlu membuangnya," katanya.






        View this post on Instagram                      

A post shared by Kevin Jonas (@kevinjonas)