OpenSignal : Pengguna Peranti Samsung Menikmati Kelajuan Muat-Turun Lebih Baik Berbanding Huawei Dan Apple

TechnologyDigital
7 Aug 2019 • 8:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenSignal merupakan salah satu syarikat yang menghimpunkan data berkaitan rangkaian mudah-alih. Terbaru, mereka telah mengeluarkan kajian terbaru yang melihat kepada kesan penggunaan sesuatu jenama telefon pintar dalam pengalaman rangkaian mudah-alih.

Melalui ujian yang dilakukan melibatkan lebih 23 juta peranti, OpenSignal mendapati pengguna peranti Samsung menikmati kadar kelajuan muat-turun yang lebih baik berbanding Apple dan Huawei di 35% buah negara.

Di Malaysia sendiri, data yang dihimpunkan oleh OpenSignal memperlihatkan pengguna Samsung menikmati kadar kelajuan muat-turun lebih baik berbanding dengan pengguna peranti Huawei dan juga Apple.

image is not available

Melalui purata kelajuan yang diperlihatkan, pengguna Samsung dilihat menikmati kadar kelajuan muat-turun secara purata 16Mbps, sementara Huawei 15Mbps dan Apple 13Mbps.

Pada masa yang sama, OpenSignal turut memperlihatkan yang mana pengguna peranti berspesifikasi tinggi menikmati kadar kelajuan muat-turun lebih pantas berbanding kepada peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah.

image is not available

Hal ini sekaligus memperlihatkan yang mana selain rangkaian mudah-alih yang dipilih, penggunaan peranti oleh pengguna juga turut memainkan peranan penting dalam memastikan anda menikmati rangkaian mudah-alih yang baik berbanding yang lain.

Bagi anda sendiri, apakah kajian ini akan memberikan kesan terhadap pembelian peranti selepas ini?

Baca : Laporan Penuh OpenSignal

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved