Khabib Gym Bakal Dibuka Di Johor – Onn Hafiz

3 Dec 2024 • 9:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Khabib Gym Bakal Dibuka Di Johor – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 3 Disember (Bernama) — Bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC) bagi kategori lightweight Khabib Nurmagomedov bakal membuka gimnasium latihan di Johor.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu telah dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu dengan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ).

“Semasa sesi menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dengan Khabib pada awal Oktober lepas, kami telah berbincang mengenai program pembangunan belia dan cadangan untuk membuka gimnasium latihan di negeri ini.

“Saya dan delegasi kerajaan negeri berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama Khabib di Abu Dhabi. Menerusi perjumpaan hari ini, saya telah menyaksikan majlis MoU berhubung pembukaan Khabib Gym di Johor,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Onn Hafiz berkata dalam pertemuan itu, delegasi kerajaan negeri turut berpeluang melawat The Eagle, MMA atau Khabib Gym yang terletak di Abu Dhabi.

“Saya amat kagum melihat sendiri kemudahan bertaraf dunia yang ada di sini (Abu Dhabi), termasuk MMA octagon serta ruang khas untuk seni mempertahankan diri seperti Jiu-Jitsu, Muay Thai, boxing (tinju) dan wrestling (gusti). Ia juga dilengkapi dengan peralatan untuk latihan kardio dan angkat berat.

“Fasiliti pemulihan juga turut disediakan, termasuk sauna dan kolam renang yang memberi peluang kepada pengguna mencapai prestasi terbaik dalam menjalankan latihan,” katanya.

Beliau berharap kerjasama itu akan membantu pembangunan ummah serta memastikan lebih banyak kemudahan sukan bertaraf dunia dapat dibuka sekali gus memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini terutamanya orang muda Johor dalam dunia sukan.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved