'Khairuddin tidak layak nasihat ahli Pas' - Takiyuddin

Politics
31 Oct 2022 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Takiyuddin Hassan, Mohd Khairuddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyelar kenyataan penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa ahli parti itu perlu mengundi BN.

Menurutnya, Mohd Khairuddin tidak layak memberi nasihat kepada ahli Pas.

"Dia tidak layak nasihat ahli Pas sebab dia bukan ahli. 'You are stranger to Pas now," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Program Tenaga Hijau Korporat, di Suruhanjaya Tenaga, dekat sini pada Isnin.

Mohd Khairuddin dilapor menyeru ahli dan penyokong Pas menyokong BN pada PRU15 tidak lama lagi.

Katanya, tindakan itu bagi menyekat kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa bakal memberi lebih kemudaratan terhadap negara.