
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pempengaruh Khairul Aming mula dikenali ramai apabila tidak pernah ketinggalan berkongsi resepi masakan setiap kali di bulan Ramadan.
Kini, dia yang juga merupakan seorang usahawan seolah-olah telah menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia dengan ramai yang menyokong produk keluarannya.
Malah, Khairul Aming juga terkenal dengan sifat pemurah terhadap kakitangan syarikatnya apabila kerap memberikan bonus berkepuk kepada staf sempena hari raya.
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Bagi Duit Bonus ‘Berkepuk’ Kepada Staf, Siap Belanja Barang Dapur & Baju Raya Lagi!
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu
Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin
Khairul Aming Belikan Set Lengkap Baju Raya Buat Kesemua Staf
Pada Ramadan kali ini, Khairul Aming berkesempatan sekali lagi membawa semua kakitangan di kilangnya untuk membeli belah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dia telah menutup kilangnya selama satu hari pada Isnin (24 Mac) untuk membawa hampir 100 orang kakitangannya dalam tradisi yang wajib dibuat setiap tahun.
Pada mulanya, dia membawa kesemua pekerjanya ke sebuah butik bagi mendapatkan sepasang baju raya setiap seorang. Mereka dibenarkan untuk memilih mana-mana design yang diinginkan.
Lebih menarik lagi apabila Khairul Aming turut membelikan sepersalinan lengkap baju raya berserta samping bagi lelaki dan tudung bagi kaum hawa.

Staf Dibelanja Barangan Dapur, Siap Ada Yang Beli Bahan Nak Cuba Resepi Bos!
Mereka seterusnya dibawa ke pasar raya AEON bagi membeli barangan dapur untuk persiapan raya keluarga.
“Ini part yang paling aku suka sebab boleh tengok ragam seorang-seorang. Ada yang kenal barang dapur, ada yang tak kenal. Masa ni la dia telefon mak di kampung, call isteri, adik-beradik tanya barang apa lagi tak cukup,” ujarnya.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pelbagai barangan yang dipilih oleh pekerjanya termasuk bahan masakan, minyak, beras, lampin pakai buang bayi, sabun pencuci baju dan sebagainya.
Malah Khairul Aming berkata, ada juga yang beli bahan-bahan masakan untuk mencuba resepi hidangan yang dikongsikan olehnya sebelum ini.
“Ada juga yang ambil barang nak cuba resepi bos dia. Awas kalau tak jadi nanti,” katanya.

Tambah pempengaruh itu, pembayaran bagi kesemua barangan tersebut mengambil masa lebih satu jam.
Memandangkan barang yang dibeli adalah lebih baik berbanding tahun sebelum ini, Khairul Aming siap menyewa lori untuk mengangkut kesemua barang itu pulang ke kilang.
Khairul Aming Sekali Lagi Beri Bonus Raya Berkepuk-Kepuk Pada Staf
Setelah pulang ke kilang pula, Khairul Aming telah memberi duit raya kepada semua kakitangannya. Dapat dilihat berkepuk-kepuk duit bernilai RM100 di dalam sampul tersebut!
Mereka turut diberi kuih raya pada tahun ini serta sampul raya yang diberikan kepada pelanggan.

Tidak terhenti di situ sahaja, pada sebelah malamnya pula mereka telah beramai-ramai dibawa untuk berbuka puasa di sebuah hotel.
“Yang ni makan mewah-mewah sampai kenyang, bufet Ramadan. Alhamdulillah semua happy. KA pun happy dapat kongsi rezeki dengan staff.
“Harap-harap tahun depan dan tahun seterusnya kita boleh buat lagi macam ini,” ujarnya.
Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff di bulan puasa ni. Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family, bagi duit raya and also buka puasa kat hotel. Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun 🫶🏻🥹 pic.twitter.com/rxukuePLLt
— Khairulaming (@khairulaming) March 25, 2025
Ini Bukanlah Kali Pertama Khairul Aming Berbelanja Wang Yang Banyak
Ini bukanlah Khairul Aming mengeluarkan wang yang banyak bagi menggembirakan kesemua staf yang berkerja dengannya.
Selain membawa mereka membeli barangan bagi persiapan raya, mereka juga pernah dibawa nikmati percutian mewah di Pulau Pinang pada September lalu.
Mungkin berkat banyak memberi inilah yang membuatkan rezeki Khairul Aming makin melimpah ruah sehingga jualan produknya mencecah RM42 juta bagi tahun 2024.
Pekerja pun pasti gembira dengan bos yang amat pemurah sehingga tiada yang mahu meletak jawatan, seperti yang dikatakan oleh Khairul Aming pada September lalu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Bawa 100 Staf Nikmati Percutian Mewah Di Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Demand Luar Biasa” – Jualan Produk Khairul Aming Laku Keras, Cecah RM42 Juta Pada Tahun 2024
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Belum Ada Pekerja Resign” – Khairul Aming Kongsi Tips Bina ‘Team’ Yang Bersatu Padu


![“Anak Baik Ni” – Ragam Pelajar Sidai Kain Ketika Kelas Online Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
