
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semasa bermulanya pandemik Covid-19 dahulu, rata-rata insitusi pengajian menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian.
Susulan itu, pelbagai ragam pelajar dilihat semasa kelas online ini dilaksanakan. Segelintir daripada mereka enggan memasang kamera dengan alasan kamera rosak. Malah, ada juga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan sebab yang kurang munasabah.
Sekitar tahun 2021 lalu, seorang pelajar telah memberikan satu alasan yang agak ‘rare’ kepada pensyarah untuk tidak hadir ke kelas atas talian. Menurut pelajar tersebut, dia menguruskan kambing peliharaannya yang sedang beranak.
Walaupun kedengaran tidak meyakinkan, pelajar itu berjaya membuatkan pensyarahnya percaya selepas dia menghantar gambar selfie bersama anak kambing yang selamat dilahirkan.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tak Hadir Kelas Online, Bagi Alasan Urus Kambing Beranak Siap ‘Selfie’ Undang Dekah Netizen
Pelajar Lelaki Santai Sidai Baju Ketika Kelas Online
Meskipun PKP sudah lama ditamatkan, namun kaedah pembelajaran dalam talian masih dijalankan memandangkan prosesnya yang lebih mudah.
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@dijaeminn) apabila seorang pelajar wanita berkongsi telatah rakan sekelas yang lain semasa sesi kelas secara online.
Difahamkan sesi pembelajaran online itu dilakukan menerusi Google Meet bagi kelas hari pertama semester baharu buat pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kebiasaannya ketika mula sahaja kelas, para pensyarah akan mengambil dahulu kehadiran para pelajar. Terdapat pelbagai cara bagi melakukannya, dan rata-rata pendidik akan meminta pelajar memasang kamera bagi memastikan mereka sudah bersedia untuk kelas tersebut.
Para pelajar selalunya akan duduk di meja belajar masing-masing atau mencari tempat yang selesa untuk memulakan kelas.
Namun lain pula buat pelajar dikenali sebagai Muhammad Fawzan yang dilihat bersahaja memasang kameranya sambil menyidai baju di ampaian.
“Dia dekat rumah tapi buat kerja (sidai pakaian). Tak apa sekurang-kurangnya kita tahu di dekat rumah kan?” kata pensyarahnya yang tersenyum melihat perangai anak didiknya.

Rakan Sekelas Sakat Fawzan Yang Sedang Sidai Kain
Lebih menghiburkan apabila rakan sekelas yang lain turut mengusik Fawzan di hadapan pensyarah seolah-seolah mereka tidak percaya pelajar tersebut serajin itu.
“Depan kamera je tu Madam,” seloroh seorang rakan.
Ragam rakan sekelas tidak terhenti di situ sahaja, menurut pengendali akaun TikTok ini, seorang rakannya yang lain dikatakan sedang membuat kuih raya sambil menyertai kelas. Ada-ada sahaja ‘peel’ pelajar ni.
@dijaeminn online class harini #uitm#onlineclass ♬ الصوت الأصلي – حلا🕯️
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Ragam Pelajar Ketika Hari Pertama Semester Baharu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat Fawzan yang sempat menyidai pakaian meskipun kelas sudah bermula.
“Ini semua sebab Madam suruh pasang kamera kes takut tidur 😂,” kata seorang individu.
Malah, ada juga segelintir pensyarah yang berkongsi telatah pelajar mereka semasa hari pertama semester baharu dijalankan.
“Sementara tu, pelajar saya, ‘Miss tak penat ke puasa-puasa mengajar ni. Nak roti john tak?’ Baru pukul 11 pagi masalahnya. Ya Allah sabar je la aku baru hari pertama,” kata seorang pensyarah.
Dalam masa sama, ramai juga meluahkan rasa rindu untuk menyertai kelas secara atas talian.
“Rindu kelas online. Sambil masuk kelas boleh masak sarapan,” kata seorang pengguna TikTok.








Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Ikut Kelas Renang Secara Online, Siap Guna Pakaian Lengkap Cuit Hati Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Cara Kreatif Pensyarah Rekod Kehadiran Dengan Minta Pelajar Ambil ‘Selfie’ [Video]
Source:

![[Review] Ekues Cabin Cafe: Port Moreh Menarik Di Putrajaya](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

