Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Hasilkan Video Masak Di NZ - “Kalau Pergi Sendiri & Untuk Melancong Tidaklah Semahal Itu”

4 Sep 2024 • 11:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan untuk tiga orang sepanjang menhasilkan video masakan di New Zealand.

Rangkuman perbelanjaan

Khairul Amin atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata jumlah itu merangkumi penginapan, makanan dan tempahan yang dibuat saat akhir.

 

“Ketika di sana saya banyak menggunakan wang di bahagian penggambaran. Saya ambil rumah inap yang lawa, makanan yang mahal dan banyak benda yang kami buat tempahan last minute.

 

“Jumlah kami berbelanja untuk tiga orang adalah RM80,000. Tetapi kalau pergi sendiri dan untuk melancong tidaklah semahal itu,” katanya menerusi siaran langsung (live) TikTok bagi menjawab pertanyaan netizen.

 

 

Rata-rata netizen di ruang komen berkata perbelanjaan itu berbaloi selepas titik peluhnya itu mendapat perhatian ramai termasuk Perdana Menteri New Zealand iaitu Christopher Luxon.

 

“Labur RM80,000 kemudian dapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand, memang power la! Tahniah, Alhamdulillah.

 

“RM80,000 dia habis, memang tempat lawa.

 

“RM80 ribu, InsyaAllah Allah gandakan lebih rezekinya,” komen netizen.

 

Terdahulu, Khairul Aming membanggakan seluruh rakyat Malaysia apabila mendapat kunjungan daripada Perdana Menteri New Zealand itu bersempena lawatannya ke negara ini.

 

Difahamkan pertemuan bersama Christopher merupakan satu bentuk penghargaan daripada New Zealand selepas Khairul Aming banyak menghasilkan video memasak di negara tersebut sebelum ini.
 

@khairulamingfans_ ‘Berapa banyak habis spent untuk trip KA & friends ke New Zealand ???’ @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #sambalnyet #dendengnyetberapi #newzealand ♬ original sound - Fans KhairulAming