Khairul Aming Dedah Turunkan 20KG Berat Dalam Setahun, Ramai Terinspirasi Untuk Jaga Kesihatan

22 Dec 2023 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam banyak-banyak influencer yang ada di Malaysia ni, boleh dikatakan Khairul Aming adalah di antara influencer yang paling berpengaruh sebab apa saja yang dia share pasti akan jadi ikutan rakyat Malaysia.

Selain berkongsi mengenai makanan, baru-baru ini, Khairul Aming menerusi Twitter ada memuat naik perkongsiannya dalam menguruskan badan sepanjang tahun 2023.

“Hilang 20 kg memang rasa life changing”

Menerusi perkongsian itu, Khairul Aming mendedahkan bahawa dia telah turun sebanyak 20 kg dalam tempoh setahun, iaitu dari 113 kg ke 93 kg. Wow hebat tu!

Hilang 20 kg memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat.

“Now dah mula rasa fit and senang nak buat kerja seharian. It’s been a long year and I can’t wait for 2024,” tulisnya.

Dalam video itu, Khairul berkongsi cara-cara dia menurunkan berat badan iaitu dengan menjaga kuantiti kalori makanan yang diambil setiap hari serta mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam di gim.

Menurutnya lagi, setelah berjaya menguruskan badan, tubuhnya terasa lebih fit dan tidak lagi mengah ketika keluar berjalan.

“Semoga lebih ramai rakyat Malaysia terinspirasi untuk amalkan gaya hidup sihat”

Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata terinspirasi untuk menguruskan badan pada tahun hadapan.

Malah ramai juga yang memuji Khairul kerana sering menunjukkan contoh yang baik kepada pengikutnya dan semoga perkara yang baik ini menjadi ikutan ramai.

image is not available

Lepas ni ramailah yang kurus ye ikut tips KA…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.