Khairul Aming Dijemput Oman Tourism, Jelajah Negara Selama 8 Hari 7 Malam

25 Oct 2024 • 8:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh dan usahawan terkenal,Khairul Aming baru-baru ini telah memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya yang kini berada di negara Oman.

Difahamkan, dia telah dijemput oleh Oman Tourism untuk menjelajahi negara tersebut selama lapan hari dan tujuh malam.

Khairul Aming Berada di Oman

@khairulaming

Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam. Tourism diaorang bagi semua benda 5 star, mintak la apa pun semua diaorang bagi Berbekalkan dengan 8 biji camera, 7 hari shooting, 3 team members, Oman series ni hopefully akan jadi lagi besar dari New Zealand series. Stay tuned untuk 7 episod nanti

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Khairul Aming turut memaklumkan, siri jelajah Oman ini akan disiarkan pada tahun hadapan dan mengharapkan hasil kandungan daripada pengembaraan mereka ini akan menjadi lebih menarik berbanding di New Zealand.

Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam. Tourism diaorang bagi semua benda 5 star, minta la apa pun semua diaorang bagi.

Berbekalkan dengan 8 biji camera, 7 hari shooting, 3 team members, Oman series ni hopefully akan jadi lagi besar dari New Zealand series. Stay tuned untuk 7 episod nanti.

Ujarnya, pihak pelancongan Oman telah menyediakan kemudahan yang bertaraf lima bintang kepada dia dan pasukannya.

image is not available

Terdahulu, Khairul Aming pertama kalinya telah membuat content memasak di New Zealand selama sembilan hari.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian daripada Perdana Menteri New Zealand, Christoper Luxon. Susulan itu, Khairul Aming telah menerima surat penghargaan daripadanya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @khairulaming