Khairul Aming jemput pelajar tahfiz, buat bacaan yasin sebelum pembukaan Rembayung

3 Jan 2026 • 1:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming menjemput pelajar tahfiz bagi membuat bacaan Yasin dan juga melaungkan azan di setiap penjuru Rembayung sebelum pembukaan restoran tersebut pada 6 Januari nanti.

Pelajar tahfiz azan di penjuru Rembayung

Menerusi perkongsian TikTok Tahfiz Darul Hidayah, mereka mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin bin Kamarulzaman, 34 atas jemputan doa selamat tersebut.

“Majlis doa selamat pembukaan Rembayung Alhamdulillah terima kasih jemput kami…” tulisnya.

Pelajar tahfiz doakan agar restoran KA terus maju

Dalam pada masa yang sama, mereka juga mendoakan agar restoran tersebut terus maju termasuk Khairul Aming serta pasukan.

“Semoga maju jaya buat Restoran Rembayung & Khairul Aming serta team,” ujarnya lagi.

@tahfizdarulhidayah

Majlis doa selamat pembukaan rembayung Alhamdulillah tkasih jemput kami.. semoga maju jaya buat restaurant rembayung & khairul aming serta team.. #rembayung

♬ original sound - Tahfiz Darul Hidayah - Tahfiz Darul Hidayah

Kita tak tahu siapa yang akan dengki

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha dilakukan oleh pempengaruh tersebut yang mana memulakan pembukaan dengan mengadakan doa selamat.

Mereka juga menyatakan mungkin tindakan membuat bacaan Yasin dan melaungkan azan disetiap penjuru sebagai salah satu usaha untuk menghindar daripada sebarang anasir tidak baik yang boleh jadi dengki dengan kejayaan tersebut.

image is not available

Ramai puji usaha KA buat doa selamat sebelum pembukaan

image is not available

Dahulukan al-Quran dan doa untuk kebaikan

image is not available

Pagar siap-siap dengan azan

image is not available

Artikel lain: Khairul Aming dedah tiada bilik VIP di Rembayung -“Semua dijemput menjamu selera”

Sebelum ini, Khairul Aming telah berkongsi khabar gembira apabila Rembayung bakal dibuka pada 6 Januari 2026 selepas berbulan-bulan melakukan persiapan.

Ujarnya, restoran yang berada di ibu kota ini menghidangkan makanan dan minuman tradisional Melayu dan kehadiran pengunjung adalah berkonsepkan tempahan tanpa sebarang bilik VIP.

Sumber: TikTok Tahfiz Darul Hidayah