Khairul Aming kongsi menu minuman manis, Dr Rafidah bersuara – “Saya berbuka air kosong”

EntertainmentFood
3 Mar 2025 • 9:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming kongsi menu minuman manis

Baru-baru ini, usahawan dan pempengaruh Khairul Aming kongsi menu minuman manis untuk berbuka puasa telah berjaya tarik perhatian ramai di media sosial.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman di laman X, dia menunjukkan resipi untuk menyediakan empat menu air berbuka iaitu vanila sarsi, teh bunga zapple, vitagen longan dan kopi santan vietnam.

Khairul Aming kongsi menu minuman manis

image is not available

Bagaimanapun, perkara tersebut mencuri perhatian Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah yang berkata beliau hanya mengambil air kosong untuk menghilangkan rasa dahaga selepas seharian berpuasa dan sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik.

“Saya berbuka air kosong, alhamdulilah hilang juga hausnya. Tiada risiko kencing manis,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi teguran terhadap pencipta kandungan popular, Che Sayang Kitchen yang menghasilkan video yang sama dimana kandungan gula yang tinggi berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya dan obesiti.

Khairul Aming kongsi menu minuman manis

image is not available

“Hati-hati, kandungan gula tinggi. Risiko kencing manis dan obesiti,” tegasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu akan terus menyebarkan kesedaran kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil minuman dan makanan yang berkhasiat.

image is not available

Netizen tak setuju dengan cara teguran dr

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tak bersetuju dengan pendekatan nasihat yang digunakan oleh Dr Rafidah yang seakan-akan ‘membunuh’ kegembiraan orang lain untuk menghasilkan kandungan kepada umum.

image is not available image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ramai sedar untuk amalkan gaya hidup sihat

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu yang menyokong dengan tindakan Dr Rafidah yang berani dalam memberi teguran secara terbuka kepada orang ramai mengenai kepentingan dalam menjaga kesihatan sepanjang menjalani ibadah.

image is not availableimage is not availableimage is not available