
Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas muncul dengan sebuah video parodi lagu ‘Masing-Masing’ nyanyian penyanyi, Ernie Zakri.Menerusi hantaran di Threads, Khairul Amin bukan sahaja merakam muzik video malah hasil penyuntingan juga dilihat seperti vesi karaoke.“Undian telah ditutup. Juri telah sebulat suara. Inilah juara AJL 41,” tulisnya.View on ThreadsMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan idea spontan Khairul Aming yang disifatkan semakin hari semakin di luar jangkaan.“Cepatlah bulan Ramadan. Biar dia buat video masak-masak saja.“Bismillah saya bius ya?“Nurse tolong, dia dah bangun.“Awak makin random ni KA, tahun depan makan nasi minyak ke?“Khairul Aming punya usaha buat MV, siap letak sari kata untuk kita karaoke sekali.“Apa tiba-tiba random sangat ni? Nak caras job Azfar Heri dan Azhar Fairy ke?“I think rakyat Malaysia kena start solat hajat berjemaah dah ni. Ni dah parah. Kembalikan video nasi putih, telur mata dengan sambal-sambal," tulis netizen.


