Khairul Aming & Mat Luthfi live TikTok bersama, borak keputusan SPM ‘straight A’ masing2

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 10:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh tersohor, Khairul Aming (KA) telah bersiaran langsung bersama Mat Luthfi yang merupakan antara YouTuber terawal di Malaysia menerusi live TikTok sehingga mencuri perhatian ramai.

Memang legend! Idola live berdua

Menerusi perkongsian rakaman siaran langsung berkenaan, mereka dilihat mempromosikan beberapa produk, memasak dan bersembang perihal kisah masing-masing.

Khairul Aming kagum Mat Luthfi ambil 12 subjek SPM

Paling menarik perhatian adalah perbualan mereka tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila masing-masing memperoleh kesemua A dalam subjek yang diambil.

Menerusi perbualan tersebut, KA telah bertanya kepada Mat Luthfi tentang keputusan SPM miliknya dan berapa subjek diambil ketika itu.

Pempengaruh tersebut dilihat sedikit kagum apabila Mat Luthfi menyatakan yang dia mengambil 12 subjek dan lebih banyak berbanding KA yang hanya 9 subjek.

image is not available

Khairul Aming & Mat masing2 straight As

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mendapat keputusan yang cemerlang dengan memperoleh kesemua A dalam subjek-subjek tersebut dan masing-masing merupakan lulusan dari universiti luar negara.

Namun begitu, Mat Luthfi dilihat enggan melanjutkan perbincangan tentang SPM dan fokus menyelesaikan hidangan yang sedang dibuat.

Contoh influencer yang bagus

Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet di media sosial apabila kagum dengan perbualan dua individu yang sangat menginsipirasikan ini walaupun mereka dilihat bersahaja.

Mereka juga akui tak kering gusi mendengar celoteh kedua-dua mereka lebih-lebih lagi Khairul Aming yang seakan ‘letih’ melayan kerenah Mat Luthfi yang menghiburkan.

image is not available

Bila influencer bijak berborak

image is not available

Baru best borak banyak A, dari borak siapa tak habis belajar tapi berjaya

image is not available

Tiada pun cerita kedai mesin ke gaduh2 ke

image is not available

Sekadar info, Khairul Aming merupakan lulusan dari Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, manakala Mat Luthfi pula graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.

Sumber: TikTok khairulamingfans