Terima Banyak Lamaran di DM, Khairul Aming Dedah Kriteria Utama Jadi Pasangan Hidup

Entertainment
2 Nov 2024 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa usahawan Sambal Nyet Berapi dan pempengaruh popular iaitu Kharul Aming masih lagi solo dan belum berkahwin.

Baru-baru ini, ketika sesi live di TikTok, Khairul Aming mendedahkan bahawa dirinya ada menerima banyak lamaran menerusi DM daripada wanita-wanita yang berminat untuk menjadi isterinya.

@khairulamingfans_

InsyaaAllah kita doakan yang baik baik buat KA ربّ إنّه لما أنزلت إليه من خير فقير #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Namun, KA turut mendedahkan kriteria utama untuk menjadi pasangannya di mana wanita itu perlulah bersedia untuk tampil di khalayak ramai.

Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa KA seorang yang terkenal dan setiap tindak tanduknya di tempat umum dan di media sosial akan diperhatikan oleh warganet.

image is not available

Jadi, isteri KA nanti juga sudah tentulah akan terkena tempiasnya dan turut menjadi perhatian orang ramai.

Selain itu, Khairul Aming juga mengatakan bahawa untuk menjadi isterinya, seseorang wanita itu harus faham bahawa kehidupan selepas berkahwin nanti.

Malah, pasangannya juga perlu faham mereka mungkin tidak akan mempunyai privasi kerana sudah tentu akan menjadi perhatian ramai jika keluar ke mana-mana atau bercuti.

Jadi, wanita yang mahu menjadi peneman hidup KA nanti harus bersedia dengan perkara-perkara tersebut. Dalam bahasa mudah, jiwa kena kental.

Namun, dalam masa yang sama, KA turut mengucapkan terima kasih dan dia turut menghargai wanita-wanita yang sudi mahu berkenalan dengannya.

Rata-rata warganet juga dilihat bersetuju dengan kriteria yang diberikan oleh KA itu kerana ramai yang sedia maklum bahawa Khairul Aming sememangnya dikenali ramai.

image is not available

image is not available

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat KA.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.