Khairul Aming salurkan RM100, 000 hasil jualan Sambal Nyet buat Palestin

15 Oct 2023 • 5:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming hari ini memaklumkan yang pihaknya telah menyalurkan RM100,000 kepada Tabung Cinta Gaza (CGM) bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin dalam menghadapi ujian berat ketika ini.

Hasil dari jualan Sambal Nyet

Menerusi Instagram usahawan tersebut, sumbangan yang didermakan itu datangnya daripada para penyokongnya yang tak henti-henti membeli Sambal Nyet keluarkan syarikatnya.

image is not available

Khairul Aming ajak sama2 cukupkan dana RM10 juta

Dalam pada itu, influencer berkenaan juga mengatakan yang dia mahu membantu CGM untuk memenuhkan pungutan dana sebanyak RM10 juta yang diperlukan bagi memberikan bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan search & rescue dan lain-lain lagi.

Setakat ini, jumlah terkumpul baru mencecah RM6 juta dan masyarakat di sana juga bakal berdepan musim sejuk tidak lama lagi sekali gus memerlukan lebih banyak bantuan untuk meneruskan kehidupan.

image is not available

Khairul Aming tak desak orang ramai derma

Oleh sebab itu, usahawan berusia 30 tahun itu mengajak orang ramai untuk sama-sama menderma menerusi link yang disediakan di profile bio ruangan media sosialnya supaya jumlah kutipan berjaya dicapai.

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak mendesak orang ramai untuk menderma. Namun, meminta pengguna media sosial sama-sama menyokong dan mendoakan kesejahteraan serta keselamatan saudara-saudara kita disana.

“Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau. yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan awareness sebanyak yang mungkin. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin,” tulisnya.

Sumber: Instagram Khairul Aming