“Tak Lama Lagi Gaza Masuk Musim Sejuk” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Kepada Palestin

15 Oct 2023 • 6:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan hasil jualan daripada Sambal Nyet berjumlah RM100,000 akan disalurkan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Menerusi aplikasi X, Khairul Aming berkata sumbangan tersebut datang daripada sokongan rakyat Malaysia terhadap perniagaannya selama ini.

image is not available

Dalam masa yang sama, beliau memohon orang ramai turut menderma untuk mendapatkan RM10 juta ringgit. Setakat ini sebanyak RM6.3 juta telah terkumpul.

Bantuan ini diperlukan untuk membeli bahan api, ubat-ubatan, makanan termasuk peralatan search and rescue sebagai persediaan Gaza memasuki musim sejuk nanti.

Pada Mei 2021, selebriti masakan media sosial ini menyumbang sebanyak RM10,000 ke tabung Palestin iaitu Tabung Cinta Gaza daripada hasil jualan Sambal Nyet Berapi keluarannya. Kali ini nampaknya beliau ‘up’ 10 kali ganda lagi!

Kredit: X Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved