Khairul Aming Turun Padang, Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Entertainment
30 Nov 2024 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan keadaan banjir yang semakin memburuk di negeri Kelantan, pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming telah bertindak turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Semalam, Khairul Aming telah memulakan bantuan banjir ke pusat pemindahan di Pasir Mas.

KA telah berkongsi tentang bantuan tersebut menerusi platform X.

Dalam masa yang sama, KA turut mengajak mana-mana individu yang mahu membantu mangsa banjir di Kelantan dengan cara memberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan seperti makanan dalam paket atau dalam tin, tuala wanita, kain sarung, roti, air mineral dan biskut.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh berbuat demikian di Kedai Nasi Berlauk Sudin Kubis di Sri Cemerlang, Kota Bharu.

Sama-sama kita doakan air banjir di negeri-negeri terjejas segera surut dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved