Khairulaming Catat Rekod Baru – Terjual RM2 Juta Dalam Masa 1 Minit 54 Saat – Siaran Ditonton Lebih 370,000 Orang

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 9:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Khairulaming hari ini melancarkan produk terbaru, iaitu Sambal Nyet Bilis, sekaligus berjaya sekali lagi mencatatkan rekod baru – berjaya menjual produk pada nilai mencapai RM2 juta dalam masa hanya 1 minit 54 saat.

Image from: Khairulaming Catat Rekod Baru – Terjual RM2 Juta Dalam Masa 1 Minit 54 Saat – Siaran Ditonton Lebih 370,000 Orang

Sebelum ini, pada 2024, Khairulaming mencatatkan jualan terpantas RM1 juta dalam masa 3 minit 28 saat, sebelum mengatasi rekod berkenaan pada 2025 dengan jualan RM1 juta dalam masa hanya 30 saat. Tahun ini, Khairulaming menyasarkan rekod jualan RM2 juta, dan berjaya melakukannya dalam masa hanya 1 minit 54 saat.

Pada siaran sama juga, Khairulaming turut memecahkan rekod jualan tertinggi dalam satu siaran langsung (GMV). Sebelum ini, nilai berkenaan adalah RM2.3 juta yang turut dipegang oleh Khairulaming, dan siaran langsung ini turut memecahkan rekod berkenaan, melangkaui angka RM3 juta.

Jualan langsung dilakukan menggunakan platform TikTok Shop, yang ditonton lebih 370,000 penonton. Siaran langsung TikTok Shop ini dilakukan pada Menara Maybank, iaitu menara kedua tertinggi di dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved