Keuntungan bersih SDS jatuh kepada RM27 juta bagi FY26 disebabkan permintaan lemah pengguna

LocalBusiness & Finance
31 Jul 2026 • 5:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Keuntungan bersih SDS jatuh kepada RM27 juta bagi FY26 disebabkan permintaan lemah pengguna Image from: Keuntungan bersih SDS jatuh kepada RM27 juta bagi FY26 disebabkan permintaan lemah pengguna amree31/07/2026 - 17:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 31 JulaiSDS Group Berhad mencatatkan penyusutan 19.4% keuntungan bersih kepada RM26.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, berbanding RM33.28 juta pada FY25.

 

Kemerosotan ini disebabkan permintaan pengguna lebih rendah dan perbelanjaan pelanggan yang berhati-hati, di samping persaingan pasaran bakeri dan kek semakin sengit dalam tempoh tersebut.

 

Kumpulan berkenaan yang ditubuhkan sejak 1987 dalam makluman kepada Bursa Malaysia melaporkan pendapatan sebanyak RM335.25 juta, susut 3% berbanding RM345.67 juta pada tahun sebelumnya.

 

"Segmen borong kekal sebagai penyumbang terbesar dengan menjana kira-kira 61.3% atau sebanyak RM205.5 juta daripada jumlah pendapatan kumpulan," jelas SDS yang berpangkalan di Pulai, Johor.

 

Sementara itu, segmen runcit pula ujarnya, berjaya menyumbang 38.7% atau RM129.7 juta melalui rangkaian 42 cawangan termasuk 21 buah kedai roti dengan kafe di pasaran Semenanjung Malaysia.

 

Walaupun keuntungan merosot, syarikat tersebut tetap mengisytiharkan agihan dividen interim kedua sebanyak 1 sen sesaham, dengan jumlah keseluruhan bayaran dividen bagi FY26 adalah RM8.1 juta,

 

SDS_DagangNews2026

 

Perkembangan tersebut kata SDS, turut mencatatkan nisbah pembayaran dividen yang lebih tinggi iaitu kira-kira 30.3% berbanding pulangan hanya sebanyak 20.5% pada tahun kewangan sebelumnya.

 

"Sepanjang tahun itu, kumpulan membelanjakan RM28.0 juta untuk mengambil alih aset pembuatan dan tanda dagangan daripada Mamee Bakery Sdn Bhd bagi mengukuhkan pengeluaran produk bakeri," katanya.

 

Selain itu, kumpulan juga dalam proses mengambil alih tanah perindustrian di Tebrau, Johor Bahru bernilai RM101.7 juta untuk tujuan pengembangan kapasiti pengeluaran jangka panjang masa hadapan.

 

Dalam pada itu, pengurusan SDS menjangkakan persekitaran operasi bagi sektor bakeri serta makanan dan minuman (F&B) tempatan akan kekal mencabar syarikat tersebut bagi tahun kewangan 2027 (FY27).

 

Bagaimanapun, kumpulan kekal positif melalui strategi pemerkasaan jenama, inovasi produk baharu seperti 'Swiss Rolls', serta peningkatan kecekapan operasi melalui automasi dan pendigitalan.

 

"Syarikat juga berjaya melengkapkan terbitan bonus pada tahun kewangan tersebut untuk meningkatkan kecairan dagangan dan kemampuan pemilikan saham," katanya lagi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved