Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan pertemuan dengan Duta Kuwait di Malaysia, Rashed M R Al-Saleh pada Isnin bagi membincangkan masa depan pertahanan Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohamed Khaled berkata pertemuan itu membincangkan tentang hasrat Malaysia untuk beli pesawat tempur milik Tentera Udara Kuwait (KAF).
Malaysia berhasrat beli pesawat tempur

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memaklumkan perbincangan di Kementerian Pertahanan itu susulan daripada lawatan kerja rasminya ke Kuwait pada awal Oktober lalu.
“Semasa di Kuwait, saya telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri negara tersebut.
“Saya turut melawat Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber yang menempatkan skuadron yang bertanggungjawab mengendalikan pesawat temput jenis F/A-18C/D Legacy Hornet milik KAF,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, perolehan pesawat tempur tersebut berupaya meningkatkan keupayaan dan kesiagaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sumber: Facebook Khaled Nordin
The post Khaled Nordin, Duta Kuwait Bincang Hasrat Malaysia Beli Pesawat Tempur appeared first on Borak Daily.


