Khas Untuk B40 Dan M40, Kredit E-Tunai RM100 Bakal Diagihkan Pada Suku Keempat Tahun Ini

1 Aug 2023 • 4:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Antara bulan Oktober sehingga Disember ini

Khas Untuk B40 Dan M40, Kredit E-Tunai RM100 Bakal Diagihkan Pada Suku Keempat Tahun Ini. Kredit E-Cash RM100 akan dilancarkan tidak lama lagi untuk semua warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dalam kumpulan B40 dan M40.

Kementerian Kewangan (MoF), dalam kenyataan di Facebook hari ini, menyatakan bahawa perkara ini sedang dikaji oleh kementerian dan pihak berkenaan.

image is not available

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa pelancaran inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat

Warganegara yang berada dalam kumpulan B40 dan M40, berumur 21 tahun ke atas adalah layak menerima bantuan ini.

Bantuan ini juga diperuntukkan kepada rakyat yang pendapatannya adalah RM100,000 dan ke bawah.

image is not available

“Bantuan e-cash ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa pelancaran inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat pada 27 Julai. Inisiatif ini bertujuan memberdayakan rakyat melalui ekonomi.

Baca lagi artikel berkaitan di bawah: