Khatib Tertinggal 1 Daripada Rukun Khutbah, Solat Jumaat Di 16 Masjid Sekitar Rembau Tidak Sah

LocalPolitics
16 Nov 2024 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Solat Jumaat para jemaah di 16 masjid sekitar daerah Rembau, Negeri Sembilan pada 8 November lalu dilaporkan tidak sah kerana khatib telah tertinggal satu daripada rukun khutbah.

Oleh itu, para jemaah yang mengikuti solat Jumaat di masjid-masjid terlibat perlu mengganti solat itu dengan menunaikan solat Zohor dengan kadar segera, lapor BERNAMA.

Menurut Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin iaitu Mufti Negeri Sembilan, khatib tidak membaca rukun khutbah dalam teks bahasa Arab semasa khutbah pada 8 November lalu, sekali gus menjadikan solat Jumaat itu tidak sah.

image is not available
Mufti negeri sembilan

Rukun khutbah Jumaat yang tidak dibuat itu ialah pesanan bertakwa kepada Allah dan ia perlulah dibaca dalam bahasa Arab.

Masjid yang terlibat dalam kes ini ialah Masjid Kariah Durian Daun, Masjid Kariah Pedas Tengah, Masjid Kariah Titian Akar, Masjid Kariah Pulau Mampat, Masjid Kariah Astana Raja, Masjid Kariah Batu 17 Chembong dan Masjid Kariah Pekan Pedas.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, Masjid Kariah Pilin, Masjid Kariah Nerasau, Masjid Kariah Semerbok, Masjid Kariah Legung Ulu, Masjid Kariah Kundur Ulu, Masjid Kariah Dato Lela Maharaja Sepri, Masjid Kariah Miku Lama, Masjid Kariah Senama dan Masjid Kariah Sawah Raja turut terlibat.

Sumber: BERNAMA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.