Khazanah & PNB Rugi RM43 Juta Dari Penjualan Fashion Valet

Entertainment
29 Oct 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dilaporkan mengalami kerugian RM43.9 juta daripada penjualan pelaburan minoriti mereka dalam peruncit fesyen dalam talian Malaysia, Fashion Valet Sdn Bhd.

Perkara itu didedahkan semasa jawapan bertulis oleh Kementerian Kewangan (MOF) kepada pertanyaan yang disiarkan di laman web parlimen pada Isnin lalu.

Menurut New Straits Times, pada 2018, Khazanah telah melabur RM27 juta dan PNB pula RM20 juta untuk kepentingan minoriti dalam Fashion Valet.

image is not available

Menurut MOF lagi, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang teruk kepada perniagaan Fashion Valet, yang membawa kepada keperluan penting bagi modal baru untuk meneruskan operasi.

Pada hujung 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners, menawarkan untuk memperoleh pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet serta menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat itu, yang mana kesemua pemegang saham bersetuju dengan tersebut.

image is not available

Tambah MOF lagi, penjualan itu mewakili langkah keluar yang bertanggungjawab untuk Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang boleh terus membantu syarikat tersebut. Ia dilakukan bagi menangani keperluan pembiayaan secara holistik dan memulihkan perniagaan dalam persekitaran industri yang mencabar.

Khazanah dan PNB menerima RM3.1 juta daripada penjualan saham tersebut. Kerugian daripada penjualan saham Fashion Valet adalah sedikit jika dibandingkan dengan hasil keseluruhan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” jelas MOF.

Sumber: NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.