Khemah Mewah Jemaah Haji Korea Dilengkapi Peti Sejuk Ais Krim Buat Netizen Terpegun

22 Jun 2024 • 2:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bukan calang-calang, khemah haji Korea di Mina lengkap dengan peti sejuk ais krim

Khemah Mewah Jemaah Haji Korea Dilengkapi Peti Sejuk Ais Krim Buat Netizen Terpegun. Sejak bermulanya musim haji beberapa minggu yang lalu, pelbagai cerita gembira dan sedih telah tular di media sosial.

Baru-baru ini, satu video yang menjadi viral, menunjukkan keadaan khemah jemaah haji Korea di Mina yang nampak amat mewah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.

image is not available

Menerusi perkongsian di laman X, keadaan khemah jemaah Korea itu amat berbeza berbanding khemah jemaah haji Malaysia yang lebih padat dan hanya sekadar selesa untuk berehat pada waktu malam.

Menurut sumber, di dalam khemah jemaah Korea, setiap orang disediakan tilam yang boleh dijadikan sofa, malah makanan juga telah disusun dengan kemas.

image is not available

Apa yang lebih menarik, khemah tersebut dilengkapi dengan peti sejuk yang dipenuhi ais krim untuk menyejukkan badan para jemaah.

Baca juga artikel yang berkaitan: