“Mewah betul” – Khemah Jemaah Haji Korea Di Mina Persis ‘Glamping’, Siap Ada Peti Sejuk Ais Krim!

Entertainment
21 Jun 2024 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Musim haji kini hampir ke penghujungnya, pelbagai kisah menarik serta yang meruntun hati dapat kita dengari sepanjang musim haji ini.

Tular sebuah video di aplikasi X memaparkan keadaan khemah jemaah haji dari Korea di Mina yang sangat mewah serta serba lengkap.

Ianya sangat berbeza dengan khemah jemaah haji Malaysia yang lebih padat dan sekadar selesa untuk tidur untuk beberapa malam.

Di khemah jemaah haji Korea pula, terdapat tilam untuk setiap seorang yang boleh dijadikan sofa serta makanan yang banyak dan disusun rapi.

Lebih mengagumkan, terdapat juga peti sejuk untuk minuman malah ada juga peti sejuk yang dikhaskan hanya untuk ais krim.

Difahamkan, khemah jemaah haji Korea di Mina itu lebih mewah padan dengan harganya serta jemaah haji dari negara Asia itu tidak begitu ramai jika dibandingkan dengan jemaah haji Malaysia serta Indonesia.

Agak-agak berapa lah kena bayar untuk mewah macam ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.