Khidmat internet, telefon terputus di utara Semenanjung Gaza

30 Oct 2023 • 8:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GAZA CITY (Palestin), 30 OKT: Perkhidmatan telefon dan Internet terputus di bahagian utara Semenanjung Gaza, umum Palestine Cellular Communications Company (Jawwal) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

“Dalam beberapa jam kebelakangan ini, beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza mengalami gangguan perkhidmatan akibat kegagalan generator utama di satu daripada stesen utama kami di kawasan Sheikh Radwan.

“Sejak serangan ke atas Semenanjung Gaza, rangkaian komunikasi tetap dan selular serta Internet mengalami gangguan perkhidmatan akibat kerosakan berulang pada elemen rangkaian,” menurut syarikat itu dalam kenyataan di Facebook.

Jawwal berkata kakitangan syarikat sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan itu.

-BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved