“Khidmat terakhir seorang sahabat” – Operator Kren Ditemukan Maut Dalam Kabin Di Ketinggian 20 Meter

Entertainment
17 Nov 2023 • 10:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pekerja operator kren menara ditemukan meninggal dunia dalam kabin jentera di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum rakan sekerja meminta bantuan pasukan bomba bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter.

Menerusi kenyataan bomba, pihaknya menerima panggilan pada 5.43 petang dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan kesihatan mengesahkan mangsa sudang meninggal dunia.

“Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada jam 7.46 malam,” kata bomba.

image is not available

Khidmat terakhir seorang sahabat

Menerusi sebuah video di TikTok, dipaparkan detik-detik mayat dibawa turun menggunakan kren menara bersebelahan yang dikendalikan oleh rakannya.

“Khidmat terakhir seorang sahabat turunkan jenazah sahabatnya sendiri,” tulisnya dalam video tersebut.

@jejakasederhana

Selamat jalan Daniel….Semoga di tempatkan di kalangan org² yg beriman..16/11/23 Pergi nya seorang sahabat di atas kren menara dan jenazah di turunkan menggunakan kren menara bersebelahan yg di kendali oleh sahabat sendiri… #alfatihah #krenmenara #towercraneoperator #towercrane #craneoperatormalaysia #selamatjalankawan

♬ original sound – Geng Nasyid – Geng Nasyid

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mayat lelaki warga tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.