“Khilaf saya kerana…” – Individu Rakam & Tuduh Pemandu Bas Bercumbu Mohon Maaf

Entertainment
15 Nov 2023 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, kecoh di laman sosial mengenai isu seorang pemandu bas yang dikatakan bercumbu dengan seorang kakitangan sehingga menyebabkan bas lewat tiba daripada jadual ditetapkan.

Namun, dakwaan tersebut telah disangkal oleh penumpang bas yang menjadi saksi kejadian dengan menyifatkan tuduhan itu tidak benar sama sekali.

Salah seorang penumpang bas tersebut mendakwa, kedua-dua pekerja terbabit sebenarnya sedang memperbetulkan radio dan bukannya bercumbu seperti didakwa.

Hal itu telah mengundang kemarahan orang ramai kerana telah menyebabkan salah faham dan mengundang fitnah terhadap kedua-dua pekerja syarikat bas terbabit.

Susulan isu tular itu juga, individu yang merakam dan melemparkan tuduhan terbabit tampil membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang tercetus.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di TikTok, dia mengakui silap apabila menyiarkan rakaman kepada umum tanpa berhubung dengan pihak pengurusan bas terlebih dahulu.

image is not available

“Tuduhan bercium seperti yang disebut di dalam posting saya itu tidaklah benar. Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada pemandu bas tersebut,” tulisnya.

Maklumnya, perkara tersebut juga telah diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah pihak sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Dalam pada itu, dia juga memohon maaf kepada pemandu bas dan keluarga yang terjejas dengan hantaran yang dibuatnya.

image is not available

Menerusi laporan media, dikatakan pihak syarikat terbabit telah mengambil tindakan terhadap dua individu tersebut dengan dikenakan pemotongan gaji terakhir.

Sumber: TikTok, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.