“Khong Kaek”- Netizen Malaysia Rasa ‘Terganggu’ Dengan Tajuk Filem Seram Terbaru Thailand Ini

Entertainment
19 Oct 2023 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi budaya luar, mereka kini bakal meraikan Halloween pada hujung bulan Oktober ini, jadi sebab itulah kita perhatikan banyak filem bergenre seram kini rancak ditayangkan di pawagam.

Namun begitu, satu filem seram dari Thailand ini telah mencuit hati netizen kerana tajuknya yang membawa maksud lain jika digunakan dalam ‘bahasa pasar’ kita.

Khong Kaek

Filem Khong Kaek merupakan satu filem seram yang berkonsepkan agama Islam di Thailand di mana ia berkisar tentang rahsia yang menghantui dalam keluarga Win.

Filem ini telah ditayangkan di Bangkok pada bulan September dan sehingga hari ini, ia masih menjadi trend di sana. Tarikh tayangan di Malaysia telah diumumkan melalui Facebook TGV Cinemas pada 15 Oktober, yang mana ia amat menggembirakan peminat filem seram di negara ini.

Dalam pada itu, ramai netizen yang ‘terkejut’ melihat nama filem ini kerana ia mengingatkan mereka kepada perkataan yang mempunyai maksud ‘agak kotor’.

image is not available image is not available

Apa-apa pun jom la kita layan movie ni, jangan difikir benda bukan-bukan.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.