Khutbah Jumaat Khas bersama Imam Masjid Al-Nabawi esok

7 Aug 2025 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR - Orang ramai dijemput untuk menghadiri Khutbah Jumaat Khas yang akan disampaikan Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah, Sheikh Dr Salah Muhammad Al-Budair di Masjid Negara, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan khutbah itu akan bermula pada jam 1.22 tengah hari.

"Alhamdulillah. Satu penghormatan besar buat Malaysia.

"Marilah kita bersama-sama hadir dan mengambil manfaat daripada khutbah yang bakal disampaikan oleh tokoh ulama besar dari Tanah Haram ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved